Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Kejuruteraan elektrik merupakan satu bidang kejuruteraan yang mengkaji dan menggunakan ilmu elektrik, elektronik dan keelektromagnetan. Bidang ini menjadi pekerjaan yang semakin dipraktikkan sejak akhir abad ke-19 dengan pengkomersialan telegraf elektrik dan bekalan tenaga elektrik. Bidang ini terdiri daripada beberapa subbidang, termasukkejuruteraan kuasa, elektronik, sistem kawalan, pemprosesan isyarat, telekomunikasi.


Kejuruteraan elektrik tidak semestinya merangkumi kejuruteraan elektronik. Oleh itu, bidang ini kadangnya dikenali sebagai "kejuruteraan eletrik dan elektronik". Kejuruteraan elektrik merujuk kepada penanganan masalah berkenaan dengan sistem elektrik besar sepertipenghantaran kuasa dan kawalan motor; manakala kejuruteraan elektronik merupakan kajian sistem elektronik kecil seperti komputer dan litar bersepadu. Dalam kata lain, kejuruteraan elektrik merupakan cara menghantar tenaga menggunakan elektrik, manakala kejuruteraan elektronik merupakan cara menghantar maklumat melalui elektrik.


SUBDISIPLIN

Kejuruteraan elektrik dibahagikan kepada beberapa subdisiplin. Ada jurutera yang memfokuskan terhadap satu subdisiplin sahaja, namun kebanyakannya mempunyai pekerjaan yang melibatkan gabungan satu subdisiplin atau lebih. Bidang seperti kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan komputer boleh dianggap bidang diri dan bukan subdisiplin kejuruteraan elektrik.

 

 

Kuasa

Kejuruteraan kuasa melibatkan penjanaanpenghantaran, dan pengagihan elektrik serta reka bentuk alat-alat berkenaan. Alat-alat termasuklah pengubahpenjana elektrikmotor elektrik dan elektronik kuasa. Di seluruh dunia, kerajaan negara masing-masing menyenggara suatu rangkaian elektrik yang dikenali sebagai grid kuasa yang menghubungkan beberapa penjana elektrik dengan pengguna elektrik yang dijana. Pengguna membeli tenaga daripada grid, agar tidak perlu membelanjakan kos yang mahal untuk menjana elektrik sendiri. Jurutera kuasa mereka dan menyenggara grid kuasa serta sistem kuasa yang berhubung dengan grid.

Kawalan

Kejuruteraan kawalan menumpu kepada pemodelan sistem dinamik dan reka bentuk pangawal yang mengakibatkan sistem berfungsi seperti diinginkan. Jurutera kawalan menggunakan alat seperti litar elektrikpemproses isyarat digitalmikropengawal dan pengawal logik boleh atur cara (PLC). Kejuruteraan kawalan boleh diaplikasikan secara luas dari sistem penerbangan dan perejanan syarikat penerbangan komersialke kawalan jelajah dalam automobil. Bidang ini juga penting dalam pengautomatikan industri.

Jurutera kawalan sering menggunakan suap balik dalam mereka bentuk sistem kawalan. Contohnya, laju sesebuah automobil yang mempunyai kawalan jelajah sentiasa dipantau dan disuap balik kepada sistem yang melaraskan output kenderaan mengikut suap balik.

Elektronik

Kejuruteraan elektronik melibatkan perekaan dan pengujian litar elektronik yang menggunakan komponen seperti perintangkapasitor,induktordiod dan transistor demi mencapai fungsi tertentu.

Sebelum Perand Dunia II, bidang ini dikenali sebagai kejuruteraan radio dan menumpu kepada telekomunikasi dan radarradio komersial dan televisyen. Selepas Perang, alat pengguna mula dicipta, dan bidang ini berkembang merangkumi televisyen moden, sistem audio, komputer dan mikropemproses.

Sebelum penciptaa litar bersepadu pada 1959, litar elektronik terdiri daripada komponen berpisah yang boleh diubah oleh manusia. Litar jenis ini mengisikan ruang yang besar, menggunakan kuasa yang banyak serta tidak mempunyai kelajuan yang tinggi. Litar bersepadu pula mengandungi berjuta-juta komponen elektrik kecil dalam satu cip saiz syiling. Mereka merupakan benda asas komputer dan alat elektronik berkuasa tinggi hari ini.

Mikroelektronik

Kejuruteraan mikroelektronik merupakan perekaan komponen litar elektronik kecil dalam liat bersepadu atau komponen elektrik lain. Komponen mikroelekronik yang biasa termasuk transistor semikonduktor, walaupun semua komponen boleh dicipta pada saiz mikroskop.

Komponen mikroelektronik dibentuk dengan membikinkan wafersemikonduktor secara kimia untuk mendapat pengangkutan cas elektrik dan kawalan arus yang diinginkan. Bidang ini juga mempunyai kemahiran dalam kimia, sains bahan dan mekanik kuantum.

Pemprosesan isyarat

Pemprosesan isyarat melibatkan analisis dan pengolahan isyaratIsyarat analog berubah dengan berterusan mengikut maklumat, isyarat digital pula berubah mengikut sesiri nilai berpisah yang mewakili maklumat. Pemprosesan isyarat analog melibatkan amplifikasi atau penapisan isyarat audio untuk alatan audio ataupun pemodulan dan penyahmodulan isyarat untuk telekomunikasi. Pemprosesan isyarat digital melibatkan pemampatanpengesanan ralat serta pembetulan isyarat tersampel digital.

Kejuruteraan pengalatan

Kejuruteraan pengalatan melibatkan perekaan alat untuk menyukat kuantiti fizikal seperti tekananaliran dan suhu. Perekaan alatan tersebut memerlukan pemahaman fizik yang mendalam serta melebihi keelektromagnetan. Contohnya, senapang radar menggunakan kesan Doppler untuk mengukur laju kenderaan bergerak. Termogandingan pula menggunakan kesan Peltier-Seebeck untuk mengukur perbezaan suhu antara dua tempat.

Pengalatan tidak digunakan sendiri, malah sebagai penderia sistem eletrik yang lebih besar. Contohnya, termogandingan digunakan untuk mengekalkan suhu sesebuah relau. Oleh itu, kejuruteraan pengalatan dianggap sebagai "sejawat" kejuruteraan kawalan.

Komputer

Kejuruteraan komputer melibatkan perekaan komputer dan sistem komputer. Bidang ini termasuk perekaan perkakasan baru, PDA baru atau penggunaan komputer untuk mengawal loji industri pembuatan. Jurutera komputer juga mereka perisian sistem. Namun, perekaan sistem perisian kompleks tergolong dalam kejuruteraan perisian, yang dianggap asing daripada kejuruteraan komputer. Jurutera komputer hari ini juga terlibat dalam seni bina komputer, iaitu penciptaan alat baru seperti konsol permainan video dan pemain DVD.

 

Name:
Comments: